Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Anggap Tuduhan Melampau, Ada Cubaan Jatuhkan Kredibiliti Beliau?

ebit lew

Trending

Ebit Lew Anggap Tuduhan Melampau, Ada Cubaan Jatuhkan Kredibiliti Beliau?

Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di atas 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual.

BACA:Ebit Lew Didakwa, Babitkan 11 Pertuduhan?

Ebit yang kini berada di Sabah untuk kerja amal dilihat tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom ditemani sekumpulan individu lain.

IKLAN

Lapor Kosmo!, Ebit Lew yang ditemui pemberita selepas keluar mahkamah menyifatkan tuduhan tidak berasas dan melampau.

ebit

Katanya, tuduhan tersebut ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kredibilitinya.

Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya.

Tambah beliau lagi, dakwaan adalah tidak berasas dan dirancang oleh pihak tertentu untuk menghentikan usahanya melakukan kerja kebajikan untuk rakyat memerlukan.

Beliau bagaimanapun tetap reda dengan segala ujian ini dan menganggap ujian yang diterimanya akan mengampunkan dosa, memberi pahala dan menaikkan darjat dirinya.

Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah.

Beliau hanya mengetahui mengenai tuduhan beberapa hari lalu sebelum diminta tampil ke mahkamah hari ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas