Connect with us

Oh! Media

Dynas Mokhtar Teruja Bakal Timang ‘Baby Girl’

dynasmokhtar

Oh! Artis

Dynas Mokhtar Teruja Bakal Timang ‘Baby Girl’

Dynas Mokhtar, pelakon dan pengacara bakal menimang cahaya mata perempuan yang merupakan anak keempatnya dan dijangka akan dilahirkan pada Jun hadapan.

ADVERTISEMENT

Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas amat teruja dengan kehamilannya kali ini kerana bakal menimang seorang lagi anak perempuan.

Hasil dari perkahwinan terdahulunya, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Dalam pada itu, Dynas yang juga merupakan usahawan telah mengadakan majlis baby shower untuk dirinya bertemakan rona merah jambu.

Selebriti itu juga berkongsi kerisauannya hamil pada usia menjelang 40-an ini. Dynas juga akui kehamilan pada kali ini berbeza berbanding ketika pada usia 20 dan 30-an.

Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini.

Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir.

Terus terang, saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini.

Saya masih lagi berlakon ketika dapat tahu diri ini mengandung dua bulan.

Namun, saya memutuskan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari nanti.

Tambahan, segala persiapan menyambut kelahiran bayi sudah sedia dan kebanyakkannya baru untuk menerima kehadiran cahaya mata keempat dalam keluarga.

KRredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas