Branded
Duit Raya Dah Mula Bagi? Jangan Lupa Jaga Duit Sendiri Juga!
“Asyik bersembang pak cik dan mak cik,
Hai duit raya lupa nak diberi”
Pejam celik, pejam celik, tahu tahu dah nak sambut Hari Raya. Tak sabarnya nak beraya, nak merewang dengan keluarga, main mercun, dapat duit raya. Bestnya!
Cakap pasal duit raya ni, dah jadi tradisi setiap kali menjelang Hari Raya di mana orang dewasa atau yang sudah bekerja biasanya akan menghulurkan duit raya pada yang muda atau belum berkahwin.
Tambahan, ia bukan sekadar tradisi tau, malah memberi duit raya ni juga adalah amalan bersedekah dan ia ada kaitan dengan jaminan kewangan masa depan korang.
Maksudnya, kalau korang ada kewangan yang lebih atau stabil, barulah korang berupaya untuk memberi duit raya, dan ia bukanlah satu kewajipan pun. Senang cerita, ikut kemampuan masing-masing.
Masih Ramai Anak Muda Belum Tahu Kepentingan Menyimpan
Jadi, kalau korang boleh sediakan duit yang lebih untuk beri duit raya, tak kan lah korang tak boleh nak simpan duit sikit untuk masa depan korang betul tak?
Kalau korang nak tahu, baru-baru ini, Private Pension Administrator Malaysia (PPA), iaitu pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS), menjalankan tinjauan terhadap pelajar universiti tahun akhir mengenai pengetahuan mereka tentang perancangan kewangan.
Hasil tinjauan, ia menunjukkan 65.3% daripada responden menyatakan bahawa mereka tak pernah menerima sebarang bentuk didikan awal, bimbingan atau latihan tentang perancangan kewangan peribadi semasa tempoh pengajian mereka.
Walaupun begitu, pelajar ini paling-paling pun mempunyai idea asas mengenai menabung tau, di mana 64.3% daripada responden bersetuju untuk memiliki tabung kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan.
Dari sini, kita dapat lihat, walaupun sebahagian daripada mereka mempunyai pengetahuan am tentang perancangan kewangan, ia tak bermakna mereka tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan dan apakah alternatif diberikan untuk mereka menyimpan wang.
Status Kewangan Terjamin Jika Ditanam Sifat Menabung
Macam yang korang tahu, sejak di bangku persekolahan lagi, kita sudah dididik untuk menanam sifat menabung supaya masa depan menjadi lebih cerah. Tapi, apakah maksudnya?
Sebagai manusia, kita tidak dapat nak jangka apakah yang akan terjadi pada diri kita dan orang yang tersayang betul tak?
Jadi, dengan adanya wang simpanan tersendiri, ia boleh dijadikan sebagai bekalan untuk digunakan sewaktu kita berada dalam kecemasan, sebagai contoh ahli keluarga dalam keadaan yang memerlukan, masalah kesihatan dan banyak lagi.
Selain itu, dengan menyimpan wang yang lebih, kita pasti akan capai kebebasan kewangan di mana kita mempunyai pendapatan dan simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang kita inginkan.
Hasil tinjauan, 68.4% daripada responden menyatakan bahawa mereka tahu yang mereka perlu menyimpan sebahagian wang daripada gaji yang diterima, dan 85.7% responden berkata mereka ingin mencapai kebebasan kewangan.
Jadi, sebab itulah penting untuk kita menyimpan wang sejak usia muda lagi tau! Selain dapat menjadi teladan buat anak muda, sifat menabung ini juga pastinya akan memudahkan kita dari segi kewangan, lagi-lagi apabila kita meningkat usia kelak.
Simpan & Rancang Kewangan Masa Depan Bersama PRS
Haa, korang yang tengah baca ni, korang tahu tak cara yang betul untuk menyimpan wang, dekat mana nak kena simpan dan pada siapa kita patut rujuk?
Jangan risau, sekarang ni semua benda di hujung jari, korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang perancangan kewangan dan di mana perlu kita simpan wang dengan betul melalui PPA, iaitu sebuah platform yang menyediakan informasi dan maklumat tentang simpanan masa depan.
Selain itu, korang juga dapat mengenali lebih mendalam tentang PRS dan apakah ciri yang merupakan pilihan bijak untuk orang muda kerana ia menawarkan jumlah pelaburan yang fleksibel tau.
Psst, dah alang-alang tu, nanti masa korang beri duit raya, jangan lupa kongsi sekali pengetahuan korang tentang perancangan kewangan kepada adik-beradik dan saudara-mara korang. Perkara yang bermanfaat memang wajib dikongsi!
Simpan dan melabur dengan PRS sekarang untuk menjamin masa depan. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi PPA atau ikuti media sosial di Facebook.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM