Connect with us

Oh! Media

Dato Seri Vida Lancar Lagu ‘Muah Muah Raya’ Tanpa Kontroversi Murahan

Oh! Artis

Dato Seri Vida Lancar Lagu ‘Muah Muah Raya’ Tanpa Kontroversi Murahan

Dato Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah muncul dengan lagu raya yang kedua berjudul Muah Muah Raya.

ADVERTISEMENT

Menurut usahawan terkenal itu, lagu raya ini dilancarkan bukan untuk kontroversi murahan. Malah, Vida juga berhasrat lagu ini dapat menembusi ke pasaran negara seberang iaitu Indonesia.

Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.

Insya-Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia.

Vida berkongsi kenapa dia memilih tajuk lagu Muah Muah Raya, kerana bunyi ‘muah muah’ sudah menjadi satu kebiasaan sewaktu bersalam-salaman. Dalam pembikinan musik video juga, DSV melibatkan anaknya Cik B, Kacak dan beberapa kanak-kanak lain.

dato seri vida

Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan ‘muah muah’. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Dalam masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.

Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak ‘vibes’ yang lain dan betul-betul raya.

Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat.
Saya puas hati dengan hasilnya.

Dato Seri Vida

Katanya, Lagu Muah Muah Raya akan menjadi pilihan orang ramai untuk didengari pada waktu raya dan juga bakal menjadi lagu raya yang ‘evergreen’.

Lagu ini pun belum 24 jam lagi dan saya pun belum sempat buat promosi. Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi. Saya memilih lancar selepas Subuh, jam 6.30 pagi semalam. Kalau malam tak sesuai sebab solat tarawih dan malam ganjil. Takkan saya nak lancar lagu kan.

Kiranya, saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai. Kalau nak harap kontroversi ia jangka pendek saja. Dengan kualiti yang ada, insya-Allah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar. Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi saya, lagu ini adalah masterpeace tekno yang ada ‘vibes’ raya di kampung.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas