Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel di mana terlihat sebuah kereta yang sama seperti milik pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu.
Bagaimanapun, baru-baru ini Shuib mengakui kereta itu benar miliknya yang telah disita SPRM untuk siasatan baru-baru ini.
Kereta jenis Ford atau nama gelarannya Dol telahpun dipulangkan semula kepada Shuib.
Alhamdulillah, saya dah dapat semula kereta ini. Syukur sangat, ia sudah dikembalikan pada saya. Memang saya tahu, pelbagai fitnah sudah dilemparkan di media sosial buat masa ini. – Kata Shuib.
Shuib juga menjelaskan dia perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa supaya ia tidak menganggu proses siasatan.
Nampak Shuib kental jer hadapi semua ni. Bukan senang untuk berjaya betul tak?