Connect with us

Oh! Media

DOL Terlihat Dalam Gambar Rampasan SPRM & Cuci Duit Haram RM100K Juga Dijumpai Dalam Rumah Pegawai Polis

Oh! Artis

DOL Terlihat Dalam Gambar Rampasan SPRM & Cuci Duit Haram RM100K Juga Dijumpai Dalam Rumah Pegawai Polis

Selepas berjuta-juta duit rakyat Malaysia telah ditipu dengan sindiket Macau
Scam, akhirnya dalang bagi menjalankan operasi haram ini sudah semakin terjawab
apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menemui
jalan keluar. 

ADVERTISEMENT
Terbaru, duit haram RM100,000 juga telah dijumpai SPRM di dalam
sebuah rumah milik seorang pegawai polis yang ditahan selepas disyaki terbabit
dalam sindiket cuci duit yang turut melibatkan golongan artis.
 

Seramai tiga pegawai kanan ditahan manakala lima lagi adalah anggota
lain-lain pangkat. SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang
pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

– Berdasarkan maklumat Harian Metro.

Pegawai Polis dari IPK Selangor ini juga dikatakan adalah kenalan rapat kepada
seorang lelaki yang bergelar Datuk yang turut ditahan sebelum ini. 

Kes ini juga
dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu yang telah
memberikan keterangan di SPRM sebelum ini. Golongan artis juga dikatakan telah
digunakan semata-mata untuk mencuci duit yang berjaya dikumpul oleh sindiket
ini. 
Caranya mudah, mereka hanya perlu mendekati artis ini dan menawarkan
bantuan kewangan atau modal untuk memulakan perniagaan. 
Dalam perkongsian gambar
kereta mewah yang dirampas SPRM ini juga terlihat kereta yang sebelum ini
dipakai seorang artis. Bagaimanapun semua ini masih dalam siasatan dan kita
masih menanti perkembangan selanjutnya. 
Apa-apapun kita harapkan agar dalang
yang menjalankan aktiviti haram dan menipu duit mereka yang tak bersalah
diberikan hukuman yang berat. Tapi apa agaknya yang akan berlaku kepada mangsa?
Adakah duit mereka akan dipulangkan? 

Kredit: Harian Metro 

 





Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas