Connect with us

Oh! Media

Dokumen Tidak Lengkap, Remaja Lelaki Perlu Bayar RM120 Setiap Tahun Untuk Dapatkan Pas

12a88d8c 7ce7 4fe9 a926 e11ba1285c26

Trending

Dokumen Tidak Lengkap, Remaja Lelaki Perlu Bayar RM120 Setiap Tahun Untuk Dapatkan Pas

Dilema yang harus ditanggung setiap tahun bagi sepasang suami isteri apabila mereka terpaksa membayar RM120 untuk mendapatkan pas bukan warganegara kepada anak angkat mereka untuk setiap tahun.

Pasangan suami isteri itu kini dilaporkan mahu mencari ibu kandung kepada remaja itu untuk membantu menguruskan dokumen pengenalan diri remaja lelaki yang diserahkan kepada mereka, pada 11 tahun lepas.

Latipah Ithnin, 59, berkata, remaja lelaki yang dikenali sebagai Mohd Yursaiful Abdullah, 13, itu kini berada dalam jagaannya bersama suami Maswadi Dan, 53. Yursaiful dikatakan mula dijadikan sebagai anak angkat pada 5 Ogos 2010 apabila pasangan itu menerimanya daripada seorang peneroka di Felda Aping Timur di Kota Tinggi.

IKLAN

Remaja yang dilahirkan pada 21 Julai 2008 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor itu pada mulanya telah diserahkan kepada sebuah keluarga peneroka oleh ibu kandungnya sebelum dia (Yursaiful) diserahkan pula kepada Latipah dan suami.

Menurut keterangan keluarga peneroka itu, sebaik saja menyerahkan anak kandungnya, wanita yang dikenali sebagai Sriah Lasi, 30 (umur ketika kejadian) terus menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

Walaupun ketika penyerahan remaja itu ada disertakan dengan surat daftar kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor dan surat perakuan anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN Johor bersama surat akuan sumpah, tetapi Yursaiful masih lagi gagal untuk mendapatkan kad pengenalannya. – Katanya.

Latipah berkata, kesulitan ini terjadi apabila surat daftar kelahiran milik remaja itu tidak lengkap dan dia juga diletakkan sebagai anak bukan warganegara.

Disebabkan itu, kami terpaksa membayar pas bukan warganegara berjumlah RM120 setiap tahun, selain perlu membeli sendiri buku teks untuk kegunaannya sepanjang sekolah rendah.

Untuk masuk tingkatan 1 tahun ini pula, kami juga perlu mendapatkan pas sama berjumlah RM240 setahun dari Pejabat Pelajaran Daerah serta membeli sendiri buku teks. – Katanya kepada wartawan Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, mereka juga perlu membayar sebanyak RM120 sekiranya mahu mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kesihatan, sekali gus membebankan mereka yang hanya bekerja sebagai penjaja di Sri Lalang.

00278572 2277 486c 81f4 b891926aca8e

Kepada ibu kandung Yursaiful atau bagi sesiapa sahaja yang ada mengenali ibu kepada kanak-kanak ini boleh menghubungi Puan Latipah di talian 017-7612790 untuk mengatur pertemuan bagi menguruskan apa-apa dokumen yang belum lengkap.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas