Connect with us

Oh! Media

Doktor Ni Teruk Dikecam Sebab Minta Kerajaan Halang Orang Muda Guna Lif

orang muda

Trending

Doktor Ni Teruk Dikecam Sebab Minta Kerajaan Halang Orang Muda Guna Lif

Kalau perasan, sebelum ni kecoh dekat media sosial pasangan suami isteri bersama anak tidak diberi laluan untuk naiki lif dahulu, sedangkan ketika itu mereka sedang membawa stroller.

ADVERTISEMENT

Lebih menyakitkan hati mereka bila orang-orang muda didakwa lebih mementingkan diri dengan tidak memberikan keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Disebabkan itu seorang doktor tampil menyebelahi pasangan terbabit dan meminta agar kerajaan menghalang golongan muda menggunakan lif.

Kenyataan ini mencetuskan kemarahan dan perbalahan antara netizen dimana mereka rata-ratanya tidak setuju dengan cadangan terbabit dan merasakan ia sama sekali tidak masuk akal kerana tak semestinya jika orang itu muda, dia tidak mempunyai kekurangan.

Sedar dirinya dikecam teruk oleh netizen, doktor terbabit telah memohon maaf dan menjelaskan cadangannya itu hanya untuk kebaikan golongan muda menjalankan gaya hidup sihat.

Memang dah ada dekat poster beri keutamaan

Tetapi dalam pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan kenapa golongan-golongan muda yang ada dalam situasi bersama pasangan itu tidak memberi mereka laluan, sedangkan poster peringatan sudah pun berada di depan lif.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas