Trending
“Doa Yang Baik-Baik” – Berjubah Dan Kaca Mata Hitam, Hantaran Terbaru Isteri Hafiz Suip Undang Perhatian
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel mengundang perhatian ramai selepas berkongsi satu hantaran menunjukkan dirinya sedang berjubah dan berkaca mata hitam.
Bersama hantaran itu, Nureffy menyertakan kapsyen meminta para pengikut mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.
Bismillah.. Doa yang baik baik okay. Amin yra
Terdahulu, muncul spekulasi mendakwa rumahtangga pelantun lagu Awan Nano itu sedang bergolak dan bermasalah.
Namun begitu, Hafiz meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangganya bersama Nureffy.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tanggal 14 Mei 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Kredit: Instagram Nureffy Jesreel
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
