Connect with us

Oh! Media

DJ ‘Angkat Kaki’, Letak Jawatan Lepas Gelakkan Guru DidikTV

D16a4008 50a1 4b27 81e5 1e5aa0281d8d

Trending

DJ ‘Angkat Kaki’, Letak Jawatan Lepas Gelakkan Guru DidikTV

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang DJ Hitz Sarawak telah memuat naik video TikTok seolah-olah mengejek cara percakapan bahasa Inggeris seorang guru DidikTV. Deejay itu juga dilaporkan telah membuat permohonan maaf selepas dia diserang teruk oleh netizen pada minggu lalu. 

BACA: Yusuf Shukri Buat Permohonan Maaf Kepada Guru Bahasa Inggeris 

Siasatan dalaman juga telah dijalankan ke atasnya selepas pihak pengurusan Hitz Sarawak menerima aduan daripada orang ramai.

IKLAN
86ade257 55d6 4801 a1ce a4489acb9a2d

Terkini, DJ Muhammad Yusuf Shukri dikatakan telah pun mengambil keputusan  untuk meletakkan jawatannya sebagai penyampai radio di Stesen Hitz Sarawak.

Menurut Hitz Sarawak, perbuatan DJ Yusuf itu adalah di luar etika stesen radio itu apabila dia mempersenda cara seorang guru wanita menyampaikan subjek bahasa Inggeris menerusi rancangan di DidikTV.

Penyampai radio berusia 29 tahun itu juga telah memperlihatkan tingkah laku kurang baik sebagai seorang penjawat profesional apabila dia dilihat ketawa terbahak-bahak menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok.

Disebabkan itu, pada Jumaat lepas, Yusuf telah pun memohon maaf secara terbuka kepada guru berkenaan dan pada masa sama, beliau juga digantung tugas serta merta.

Kami menerima peletakan jawatannya yang berkuatkuasa 22 Februari. – Beritahu stesen radio itu.

Tindakan Yusuf memuat naik video TikTok guru DidikTV sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah itu telah mencetuskan kemarahan netizen dan selepas kejadian itu, Hitz Sarawak juga turut menerima desakan daripada segelintir pihak untuk memecat deejay itu.

Perletakan jawatan deejay yang lebih mesra dengan panggilan DJ Yusuf itu berkuatkuasa sejak semalam. Perletakan jawatan itu juga telah pun disahkan oleh pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi hantaran di Instagram.

Terlajuk perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Kredit: Hitz Sarawak

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas