Connect with us

Oh! Media

Diumpan Tawaran Kerja Kedai Runcit, Remaja Dikurung, Dirog*l Kenalan Omi

Featured 713x401 no box 35

Trending

Diumpan Tawaran Kerja Kedai Runcit, Remaja Dikurung, Dirog*l Kenalan Omi

Kemunculan pelbagai aplikasi media sosial pada hari ini diakui mempunyai kebaikan dan keburukannya. Jika disalahguna, aplikasi itu boleh membawa mudarat kepada penggunanya.

Seperti laporan Kosmo! ini, seorang remaja berusia 17 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa beberapa lelaki selepas keluar dengan kenalan Omi.

Terpedaya dengan tawaran kerja

02rog 1562078988
Sekadar gambar hiasan

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, mangsa mendakwa mengenali suspek yang dikenali sebagai Hazeeq pada Disember tahun lalu.

IKLAN

Suspek dipercayai memujuk rayu mangsa dengan menawarkan kerja di sebuah kedai runcit sebelum mangsa bersetuju untuk mengikutnya.

Kronologi kes

553
Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa dipercayai tak ada di rumah menyebabkan mangsa membawa adik perempuannya yang berusia 6 tahun bersama.

Pada 4 Februari lalu, Hazeq bersama seorang rakan mengambil mangsa yang turut membawa adiknya untuk melihat sebuah kedai runcit di Gurun milik kawannya bernama Sha yang dikatakan memerlukan pekerja.

Mangsa seterusnya mengikuti lelaki itu bersiar-siar lebih sejam di Gurun sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bedong dekat sini.

Mangsa hanya diberikan makanan pada hari kedua dan selepas menjamah makanan itu mangsa tidak sedarkan diri sebelum menyedari diri dalam keadaan bogel dan dirogol.

Katanya lagi, semasa dikurung dia terdengar Hazeeq dan rakan-rakannya mahu menjualnya di Pulau Pinang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas