Connect with us

Oh! Media

Wanita Dirogol 3 Lelaki Bergilir-Gilir, Diumpan Makan Satay Jam 1 Pagi

dirogol

Trending

Wanita Dirogol 3 Lelaki Bergilir-Gilir, Diumpan Makan Satay Jam 1 Pagi

Seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh tiga remaja lelaki selepas terpedaya untuk dibawa makan sate. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Remaja Perempuan Dicekup Bersama Tiga Lelaki Di Bilik, Kantoi Kond*m Dah Guna Dalam Tong Sampah

Menurut laporan Harian Metro, kejadian telah berlaku baru-baru ini di sebuah rumah di Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 1 pagi.

Pada awalnya, mangsa dipelawa untuk makan sate dan diminta untuk datang ke rumah suspek sebelum mengambilnya pada sekitar jam 1 pagi.

Kemudian, suspek meminta mangsa untuk masuk ke bilik agar tidak dimarahi rakan serumahnya sebelum diperkosa lelaki terbabit.

Suspek memberi alasan ingin pergi bersama-sama menyebabkan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus ke rumahnya.

Bagaimanapun ketika tiba di rumah, suspek meminta mangsa masuk ke dalam terlebih dahulu.

Tidak cukup dengan itu dua lagi lelaki turut memperkosa mangsa.

Ketika wanita itu merayu untuk dilepaskan, dia hampir dipukul dengan topi keledar.

Remaja terbabit hanya dilepaskan sekitar jam 5 pagi sebelum diselamatkan rakan dan bapanya sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara.

Semoga ketiga-tiga suspek berjaya ditahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas