Connect with us

Oh! Media

Dituduh Mandul Oleh Netizen, Uqasha Senrose Tidak Kisah Tetapi Terkesan Jika Ia Datang Dari Wanita

uqasha senrose

Oh! Artis

Dituduh Mandul Oleh Netizen, Uqasha Senrose Tidak Kisah Tetapi Terkesan Jika Ia Datang Dari Wanita

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dia tidak terkesan dengan komen-komen netizen yang mendakwa dia mandul apabila belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

ADVERTISEMENT

Menurut Uqasha, dia tidak terasa hati meskipun berasa sedih apabila dituduhan yang diberikan itu datangnya dari seorang wanita.

Saya sedih dengan cara percakapan individu berkenaan.

Namun, saya tidak terlalu terkesan dengan komen yang diberikan cuma sedih bila komen sebegitu datangnya dari seorang wanita.

Dalam pada itu, Uqasha menyifatkan komen berkenaan melampau dan individu itu boleh berkata apa sahaja kerana tidak berjumpa secara berdepan dengannya.

uqasha senrose

Dia (individu) tidak menggunakan palsu kerana selepas saya memberikan respons terhadap komen dia block saya.

Dan, agak melampau bila dia komen begitu. Tetapi biarkanlah. Kamal pun selalu ingatkan jangan hirau kata-kata orang.

Dalam pada itu, aktres itu faham dengan situasi yang berlaku dan sedar kehidupannya sebagai selebriti akan menjadi tumpuan masyarakat.

Malah, Uqasha juga sentiasa percaya pada rezeki dan ketentuan Tuhan temasuklah soal pemberian zuriat.

Bukannya saya tidak pernah hamil sebelum ini… kami sentiasa ikhtiar.

Semua itu kerja Allah dan kita hanya mampu berusaha sahaja. Tak perlu nak bagitahu semua orang soal itu.

BACA: Cikgu Dan Rakan Sekolah Tampil Cerita Sikap Sebenar Uqasha Senrose

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas