
Trending
Dituduh Jadi Dalang Pembolosan Nur Sajat, Wan Besi Tampil Beri Penjelasan
Oleh
Baru-baru ini, terbongkar identiti individu yang dikatakan menjadi dalang pembolosan usahawan kosmetik, Nur Sajat ke negara Thailand.
BACA: Dibantu Untuk Lolos Ke Thailand, Identiti Individu Tolong Sajat Didedahkan
Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mengesyaki individu yang dikenali sebagai Wan Besi telah menyusun penyeludupan keluar usahawan itu.
Memetik laporan Harian Metro, Wan Besi telah menerima cagaran berjumlah RM20,000 untuk membantu Sajat meloloskan diri dan dipercayai menerima lebih daripada itu.
Wan Besi tampil beri penjelasan
Berhubung dengan perkara itu, individu yang dikenali sebagai Wan Besi itu telah tampil memberikan penjelasan berkaitan kontroversi melibatkan dirinya.
Wan Besi atau sebenarnya, Wan Azhar Harun telah menafikan penglibatannya dalam penyeludupan keluar Nur Sajat dari Padang Besar hingga ke Bangkok, Thailand.

Dia bersama peguamnya, Zuhair Ahmad Zakuan telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi memberikan keterangan sebenar.
Menurut Zuhair, anak guamnya itu mengetahui tuduhan terhadap dirinya selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya menyatakan bahawa dia adalah pengkhianat negara.
Wan turut mengakui terkejut dengan berita tersebut dari rakannya selepas melihat pada sebuah akhbar sebelum hadir ke ibu pejabat polis untuk memberikan keterangan.
Kenyataan tersebut tidak wajar
Tambah Zuhair, berita berkaitan Wan Azhar itu adalah tidak wajar dan amat dikesali kerana lelaki itu tinggal di Padang Besar dan bekerja sebagai pengusaha ternakan lembu sejak 10 tahun lalu.
Dia juga ada terlibat dengan pembedahan jantung, jadi dia agak uzur untuk melakukan perkara-perkara sedemikian.
Oleh itu, kami datang pada hari ini untuk memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak terlibat seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut
Wan Azhar yang kelihatan di Balai Polis itu selama 40 minit menyatakan bahawa kawannya memberitahu akan kejadian itu selepas dia pulang dari solat subuh pagi tadi.
Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa nama gelarannya adalah Wan Besi dan berbeza dari nama sebenarnya, namun dia menafikan dakwaan semua terhadap dirinya itu.
Kredit: Kosmo! I Harian Metro
