Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Hazmat Di KLCC, Menteri Kesihatan Sahkan Kejadian Warga Kanada Yang Disyaki Koronavirus

Koronapng

Trending

Tular Gambar Hazmat Di KLCC, Menteri Kesihatan Sahkan Kejadian Warga Kanada Yang Disyaki Koronavirus

Semalam Ohmedia dapat beberapa gambar kiriman daripada netizen yang menunjukkan pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) berada di Menara 3 Petronas bangunanan KLCC.

Jadi, tak berani nak buat spekulasi sendiri. Takut berita palsu, tak pasal-pasal kena saman nanti. Huhu. Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dah memberi kenyataan semalam, Ohmedia nak bagitahu apa yang terjadi dekat sana.

Sebenarnya, seorang warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki Koronavirus pada pagi semalam dan hal itu Menteri Kesihatan belum mengesahkannya bahawa individu berkenaan sama ada positif Koronavirus atau bukan.

IKLAN

Menurut laporan Mstar, Dr Dzulkefly telah menghubungi secara terus dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dapatkan pengesahan mereka dalam satu sidang media pada petang semalam.

Saya pun baru dapat maklumat mengenainya…saya kira pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga. Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana.

Individu itu dilaporkan bahawa mangsa adalah bukan penyewa di menara berkenaan dan pengsan semasa berjalan di tempat parking kereta Tower 3 yang berhampiran dengan TTMC.

Korang berhati-hati bila berada di tempat awam okay? Jangan lupa pakai mask dan bawa sanitizer kemana sahaja korang pergi. Setakat ni, ada 12 kes Koronavirus di Malaysia.

OHMEDIA: TAKUT NAK KELUAR PERGI MANA-MANA SEKARANG. BAIK DUDUK RUMAH JER. HUHU.




Sumber: mStar | Harian Metro

+ Baca respon pembaca takut Koronavirus di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas