Connect with us

Oh! Media

Dipercayai Memandu Secara Cuai, Kereta Dinaiki Seorang Pelawak Terlanggar Penghantar Makanan

Trending

Dipercayai Memandu Secara Cuai, Kereta Dinaiki Seorang Pelawak Terlanggar Penghantar Makanan

Kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan paling banyak berlaku buat masa kini menyebabkan ribuan nyawa melayang setiap tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Cederakan Polis Wanita Dan Conteng Dinding Istana Terlibat Kemalangan

Pelbagai sebab boleh disalahkan, antaranya ialah kecuaian pemandu itu sendiri yang gemar memandu secara sambil lewa sehingga berlakunya kemalangan.

Seorang pelawak terbabit kemalangan

Terbaharu, kereta dinaiki seorang pelawak lelaki kontroversi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal penghantar makanan di Jalan Perniagaaan Setia Utama, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Raub Selamat yang menyatakan kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.43 tangah malam itu.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kereta tersebut membelok ke simpang sebelah kanan jalan sebelum dirempuh motosikal jenis Yamaha Y15 yang datang dari laluan bertentangan.

Pemandu memandu secara cuai

Tambah Raub, pemandu kereta terbabit dipercayai memandu secara cuai ketika hendak membelok masuk ke simpang berkenaan.

Insiden itu menyebabkan penghantar makanan tersebut mengalami kecederaan ringan selepas kenderaannya terjatuh akibat pelanggaran.

Pelawak dan pemandu wanita berusia 33 tahun yang telah memandu kereta jenis Hyundai Elantra bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat kemalangan itu, penghantar makanan berkenaan mengalami luka di bahagian muka dan dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Apapun, pihak polis telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta tersebut mengikut akta Rule 3(2)(B) LNN166/59.

Menurut sumber daripada Berita Harian, pihak polis juga tidak mendedahkan identiti pelawak tersebut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas