Connect with us

Oh! Media

‘Dine in’ Dalam Kereta Langgar SOP, Premis Berdepan Kompaun

Trending

‘Dine in’ Dalam Kereta Langgar SOP, Premis Berdepan Kompaun

Susulan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengeluarkan beberapa arahan termasuk larangan dine-in di restoran. Pengusaha makanan dibenarkan untuk membuat jualan secara bungkus sahaja.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, ada sesetengah premis yang menyediakan layanan dine-in di dalam kereta dan disambut baik oleh orang ramai.

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata perkhidmatan itu adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Menurutnya, pengusaha premis boleh dikenakan kompaun sekiranya didapati bersalah.

Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang.

Tambah Aidi lagi, pada Jumaat lalu sebuah premis makanan di Miri telah dikompaun kerana menyediakan layanan sedemikian. Tindakan itu adalah melanggar SOP apabila hanya perkhidmatan take away dibenarkan.

Sekadar gambar hiasan

Namun, sekiranya pelanggan membeli secara take away (bungkus) kemudian makan di dalam kenderaan sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan.

Dalam usaha membendung penularan wabak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini memutuskan aktiviti pembekalan dan penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran saja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas