Connect with us

Oh! Media

“Dilempar Sama Ibunya Dari Motor” – Ibu Sempat Selamatkan Anak Sebelum Dirempuh Treler

Trending

“Dilempar Sama Ibunya Dari Motor” – Ibu Sempat Selamatkan Anak Sebelum Dirempuh Treler

Di Indonesia, kecoh diperkatakan mengenai kemalangan maut melibatkan sebuah lori tangki minyak, dua kereta dan 10 motosikal sehingga meragut 10 nyawa.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Punca Kemalangan Lari Selepas Himpit, Anak 4 Bulan Kritikal Tercampak Tengah Jalan

Antara mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri yang menaiki motosikal. Lebih menyedihkan apabila si ibu sempat mencampak anaknya daripada motosikal elak turut sama menjadi mangsa rempuhan lori tangki terbabit.

Memetik laporan CNN Indonesia, anak 4 tahun itu dicampak sejauh 10 meter dan mendalami kecederaan parah di kepala.

Foto: CNN Indonesia/ASPRILLA DWI ADHA

Menurut saksi yang dikenali sebagai Kunto, dia segera menyelamatkan kanak-kanak itu yang dilihat menangis di samping mangsa-mangsa yang lain. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Salah seorang saksi yang lain memberitahunya, kanak-kanak itu dicampak ibunya dari atas motosikal.

Dia itu bilang ke saya ‘itu tadi dilempar sama ibunya pak dari motor’. Nah, saya enggak tahu. Soalnya posisinya kan kejadiannya begitu cepat.

Menurut ahli keluarga, kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan semakin baik. Dia juga sudah kembali ceria seperti biasa meskipun kadang kala ada memanggil nama ibunya.

Kredit: CNN Indonesia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas