Connect with us

Oh! Media

Didi Astillah Akhirnya Bocorkan Rahsia Hubungan Bella Astillah Dan Syed Saddiq?

copy of untitled design   2

Trending

Didi Astillah Akhirnya Bocorkan Rahsia Hubungan Bella Astillah Dan Syed Saddiq?

Pelakon, Didi Astillah mencetuskan tanda tanya apabila memberi bayangan jelas mengenai hubungan sebenar kakaknya, Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi Tiktok, Didi mempersoalkan keakraban mereka selepas Bella sanggup hadir ke perbicaraan kes Saddiq di Mahkamah Rayuan Putrajaya selama dua hari berturut-turut.

Mana ada friendzone. Takkanlah Kak Bella sanggup ke mahkamah dua hari berturut-turut kalau sekadar kawan?

Terlalu banyak ‘hint’ romantis?

@sallymeon69

Sah korang memang sah .. Kepada yang masih berteka teki dah boleh move on dah dgn ayat “sahabat” bella tu .. boleh dah buat juadah berbuka kepada yang belum sediakan tu ye..#fyp #viral #bella #friendszone #bass

♬ Serumpun – Mimifly

Hubungan Bella dan Saddiq terus menjadi bualan selepas beberapa video menunjukkan keakraban mereka tular di media sosial.

IKLAN

Didi turut menyindir bahawa Saddiq tetap memberi perhatian kepada Bella walaupun dalam keadaan yang sukar.

Takkanlah kalau sekadar friendzone, dia (Saddiq) biar saja Kak Bella kena ‘culik’ selepas hari pertama di mahkamah?

Didi minta orang ramai doakan Syed Saddiq

bella astillah syed saddiq

Walaupun masih tiada pengesahan rasmi mengenai hubungan mereka, Didi meminta agar orang ramai mendoakan urusan Saddiq dipermudahkan.

Tak perlu fikir sangat Kak Bella cakap sahabat ke apa, yang penting kita doakan kes Syed Saddiq selesai dengan cepat.

#ApaKataOhmedia

Bila seseorang sanggup hadir dan beri sokongan dalam saat-saat sukar, mungkin ada sesuatu lebih dari sekadar kawan. Apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka!

copy of untitled design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas