Oh! Artis

Didakwa Tangguh Bayaran Puluhan Juta, Bekas Menteri Tak Mahu Turun Ke ‘Level’ Aliff Syukri

Published on

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri mendakwa seorang bekas menteri gagal melunaskan bayaran yang dikatakan berjumlah puluhan juta ringgit.

BACA: “Malu Satu Family Tan Sri” – Aliff Syukri Dedah Ada Bekas Menteri Berhutang Puluhan Juta

Dakwa usahawan itu, dia telah cuba untuk menghubungi bekas menteri berasal dari Kedah itu namun tak mendapat sebarang balasan.

Terbaru, Malaysiakini melaporkan, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan urusan ugutan yang dibuat usahawan tersebut kepada peguam untuk menyelesaikannya. Jelasnya, dia enggan meletakkan kedudukannya setaraf dengan Aliff Syukri.

I don’t want to go down to their level.

Ditanya sama ada beliau mahu membersihkan nama di atas segala tuduhan yang dilemparkan, beliau menjawab ringkas enggan memberi komen dan menyebut nama individu tersebut.

Kredit: Instagram Aliff Syukri | Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version