Connect with us

Oh! Media

Didakwa Cabul 2 Beradik, Penjaga Pusat Anak Yatim Berdepan 100 Tuduhan Amang Seksual

Cabul Anak Yatim

Trending

Didakwa Cabul 2 Beradik, Penjaga Pusat Anak Yatim Berdepan 100 Tuduhan Amang Seksual

Di Ipoh, Perak, penjaga sebuah pusat jagaan anak yatim berdepan 100 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik di bawah jagaannya sejak hujung tahun lalu.

Tertuduh, Emeer Ahmad Ahmad Jaafar yang dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh didakwa melakukan 100 pertuduhan amang seksual termasuk menunjukkan kemaluan terhadap dua beradik lelaki tersebut.

IKLAN
Whatsapp image 2021 06 03 at 21907 pm
Foto Kosmo

Perbuatan terkutuk tersebut didakwa dilakukan di beberapa lokasi berbeza antaranya di pusat jagaan, sebuah apartmen di Cameron Highlands dan rumah tertuduh sendiri yang terletak di Taman Magosa, Botani. Perbuatan tersebut didakwa berlaku di antara 1 November 2020 sehingga 9 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 15(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

1170762
Foto The Star

Terdahulu, media melaporkan penahanan suspek berusia 35 tahun selepas pihak polis menerima laporan daripada bapa saudara mangsa selepas curiga dengan perubahan sikap serta emosi anak saudaranya.

Berdasarkan keterangan yang dibuat bapa saudara, dua beradik tersebut mendakwa pertama kali dicabul suspek ketika mereka bersama dua lagi rakan diajak bercuti ke Cameron Highlands.

Malah, bapa saudara mula berasa curiga apabila diberitahu penjaga lain bahawa anak saudaranya dibawa ke rumah suspek pada 11 April lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas