Connect with us

Oh! Media

Didakwa Atas Kes Gangguan Seksual, Ini Kronologi Kejadian Babitkan Ebit Lew

Trending

Didakwa Atas Kes Gangguan Seksual, Ini Kronologi Kejadian Babitkan Ebit Lew

Semakin hangat, kes gangguan seksual yang dikatakan membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew dilaporkan masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia sehingga ke saat ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Gangguan Seksual Pendakwah, Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Ibu Mangsa

Berikutan itu, isu sensitif seperti gangguan secara seksual ini nampaknya akan terus menjadi tajuk berita utama media tempatan dari hari ke hari.

Hal itu selepas dilihat telah ramai nama pendakwah dan juga selebriti yang dikatakan sedang berusaha untuk membongkar kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

Tular video tidak senonoh didakwa mirip Ebit Lew

Secara kronologi, segala pendedahan yang telah menjadi kekecohan di media sosial ini bermula apabila tularnya dakwaan video seorang individu mirip Ebit Lew yang berkelakuan tidak senonoh di atas katil.

Namun timbul pula dakwaan dalam kalangan netizen yang mengatakan ada usaha dalam kalangan pendakwah selebriti untuk menjatuhkan imej Ebit Lew berikutan tersebarnya video terbabit.

(Sumber: Google)

Meskipun begitu, Ebit Lew masih lagi tidak memberi respon kepada dakwaan yang berlegar di media sosial pada ketika itu walaupun ianya semakin rancak dibincangkan oleh pengguna media sosial.

Antara nama pendakwah yang kemudiannya tampil membuat pendedahan mengenai isu gangguan seksual itu media sosial masing-masing adalah PU Rahmat, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Firdaus Wong.

Pendedahan dalam kalangan agamawan

Sementara itu, semakin ramai pendakwah selebriti mula memberi hint mengenai sikap agamawan yang berlindung di sebalik status dan juga amal kebajikan untuk melindungi diri sendiri setelah melakukan perkara yang jahat terhadap orang lain.

Antara pendakwah yang tampil membuat kenyataan tentang isu ketaksuban orang ramai terhadap figura agamawan adalah Dr Ridhuan Tee Abdullah yang disiarkan oleh seorang penggun Twitter.

https://twitter.com/ferdaus____/status/1419688738481868800?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1419690239434498056%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Ftular-kes-gangguan-seksual-ini-kronologi-dan-susur-masa-babitkan-pendakwah-ebit-lew%2F
https://twitter.com/ferdaus____/status/1419691553350586369?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1419691972483182600%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Ftular-kes-gangguan-seksual-ini-kronologi-dan-susur-masa-babitkan-pendakwah-ebit-lew%2F

Ia kemudian disahut dengan kenyataan PU Rahmat menerusi beberapa siri hantaran di Facebook yang mula menyentuh dengan lebih dalam lagi mengenai dakwaan isu gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal itu

Ia juga turut dipersetujui oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang aktif terlibat dalam memberi kesedaran mengenai isu seksualiti dan kekeluargaan di media sosial.

Dikatakan juga, Firdaus Wong sebenarnya sudah lama mendedahkan mengenai sisi gelap ustaz selebriti ini di media sosial sejak Mei 2021 lagi.

Ramai saksi tampil buat kenyataan polis beserta bukti

Susulan daripada pendedahan demi pendedahan itu, PU Rahmat melalui hantarannya di laman Facebook berkata bahawa dia dikatakan telah menerima ramai kehadiran saksi yang turut tampil dengan bukti diganggu secara seksual oleh pendakwah tersebut.

Namun, pada Julai 30 yang lalu, Facebook milik Firdaus Wong dilaporkan telah lenyap berikutan ada pihak yang telah membuat laporan mengenai pendedahan tersebut.

Meskipun begitu, aktiviti pembongkaran aktiviti keji itu tidak berakhir apabila Firdaus Wong dan PU Rahmat melancarkan aplikasi Telegram khas buat mereka yang ingin tampil memberikan bukti mengenai gangguan seksual tersebut.

Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan kes gangguan seksual

Pada 19 Ogos, media tempatan melaporkan seorang pendakwah selebriti terkenal telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman untuk membantu siasatan kes gangguan seksual.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pendakwah yang berusia 30-an itu hadir sekitar jam 8.59 pagi waktu tempatan untuk memberi kenyataan.

Tanggal 24 Ogos 2021, pihak polis melaporkan telah merekodkan keterangan mangsa gangguan seksual Ebit Lew dan masih menunggu saksi-saksi lain untuk tampil membantu siasatan.

Dalam pada itu, Firdaus Wong menerusi saluran Telegram ada mengemas kini mengenai laporan mangsa gangguan seksual pendakwah tersebut berserta tangkap layar perbualan antara dia dan mangsa.

Memetik laporan Utusan Harian, Polis sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Tular lagi video Ebit Lew minta mangsa tunjuk badan dan kaki

Terbaru, masyarakat dikejutkan lagi dengan berita tularnya video pesanan suara mirip Ebit yang meminta mangsa agar menunjukkan badan dan kaki.

Berdasarkan hantaran yang dihantar melalui aplikasi telegram milik Firdaus Wong, perkara tersebut dikongsi oleh seorang pengguna twitter bernama @ferdaus____.

https://twitter.com/ferdaus____/status/1440224018540347401?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1440224631462383629%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2Ftular-kes-gangguan-seksual-ini-kronologi-dan-susur-masa-babitkan-pendakwah-ebit-lew%2F

Tidak cukup dengan itu, tangkap layar perbualan lucah individu dipercayai Ebit turut tersebar dengan meluas di media sosial.

Siasatan kes gangguan seksual diteruskan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa pihak polis kini masih lagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual serta sedang mengambil keterangan mangsa yang terlibat, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, Firdaus Wong berkata pendedahan yang dilakukan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Dia dalam pada itu turut menegaskan bahawa segala bukti yang telah didedahkan kepada umum adalah permintaan daripada mangsa sendiri dan telah pun mendapat kebenaran pihak terbabit.

Diharap masyarakat di luar sana tidak sesekali menyebarkan info atau maklumat palsu yang dapat menganggu siasatan polis. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini nanti.

Kredit: Utusan Malaysia I Harian Metro I @ferdaus____ I PU Rahmat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas