Connect with us

Oh! Media

Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin, Suami OCD Pernah Naik Angin Sebab Cuci Beras Tak Ikut Caranya

suami OCD

Trending

Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin, Suami OCD Pernah Naik Angin Sebab Cuci Beras Tak Ikut Caranya

Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan perhubungan kekal sehingga ke akhir hayat. Tiada siapa yang mahu perpisahan apatah lagi usia perkahwinan baru setahun jagung.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Minta Cerai Sebab Suami Ambil Suntikan Besarkan Alat Sulit?

Seperti kisah yang berlaku di Indonesia ini, seorang wanita mendedahkan dirinya diceraikan suami selepas 8 hari berkahwin. Dia bernikah pada 6 Mac 2022 dan berpisah 14 Mac 2022.

Diceraikan selepas 8 hari kahwin

Perkahwinan singkat itu sudah tentu menjadi kisah hitam dalam hidup sehingga dia membawa diri mengerjakan umrah di tanah suci untuk menenangkan diri.

Memetik laporan portal Wolipop, wanita yang dikenali sebagai Eka mendedahkan dia berkenalan dengan suaminya itu melalui sesi taaruf selepas menerima CV melalui emel pada 26 Februari 2022.

Di pertemuan pertama, suaminya terus ajak nikah dan berhasrat untuk bertemu kedua orang tuanya.

Tahu suami OCD selepas kahwin

Selepas kahwin, baru Eka tahu bahawa suaminya itu ada masalah Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Pada awalnya dia tiada masalah dengan masalah OCD suaminya namun lama kelamaan makin parah.

Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak.

Satu hari, suaminya meminta Eka menyiapkan makanan. Seperti biasa sudu, garfu dan senduk harus direndam dalam air panas.

Secara tak sengaja pakaian Eka terkena nasi menyebabkan suami naik angin. Melihatkan keadaan emosi suami yang tidak stabil, Eka berkata dia berasa sangat takut.

Alasannya? Sangat sepele. Berawal dari pakaian ku tidak sengaja mengenai nasi yang akan dia makan.

Pernah juga Eka dimarahi gara-gara tak cuci beras mengikut kaedahnya. Lebih menyedihkan suaminya meminta beras itu dibuang ke dalam tong sampah.

Suaminya juga menuduhnya isteri tidak taat kerana marah isteri meletakkan bantal tidur di peha untuk meredakan sakit perut akibat senggugut.

Keesokan harinya, Eka meminta izin suami untuk pulang ke rumah orang tuanya menaiki bas tanpa dihantar. Tak lama selepas itu, suami menghantar pesanan Whatsapp menceraikannya.

Kredit: Wolipop

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas