Connect with us

Oh! Media

“Dia Yang Hubungi Lelaki Belakang Saya Dulu” – Pemilik Pizza Wagyu Jofliam Kembali Bersuara Isu Cerai

Ohmedia jofliam 2

Trending

“Dia Yang Hubungi Lelaki Belakang Saya Dulu” – Pemilik Pizza Wagyu Jofliam Kembali Bersuara Isu Cerai

Lama mendiamkan diri, pemilik Pizza Wagyu Jofliam tampil bersuara mengenai isu penceraiannya bersama bekas isteri, Cik Epal.

Dalam hantaran di Instagram Story, Jofliam menafikan dakwaan berlaku curang sepanjang perkahwinan dan sehingga kini masih menunggu bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut.

Jofliam enggan rujuk sebab terlalu kecewa dikhianati

Jofliam

Tambahnya lagi, apa yang berlaku di Milan dengan bekas pekerjanya adalah selepas penceraian.

IKLAN

Dia yang menghubungi lelaki belakang saya dulu semasa status suami isteri. Berhari-hari call, walhal dia ada pilihan untuk bercakap dengan perempuan yang berada di dalam team.

Jofliam turut meminta orang ramai tidak mempersoalkan keputusan enggan rujuk dengan bekas isteri. Tindakannya itu kerana terlalu kecewa setelah dikhianati seseorang yang dikahwininya selama 10 tahun.

Mereka juga kerap bersama sekarang ni. Apa-apa pun, masing-masing mahu kebahagiaan sendiri. Doa yang baik-baik untuk kami.

Dalam hantaran lain, Jofliam mendakwa sehingga kini bekas isteri masih berdendam dengan pekerjanya bernama Adam sehingga digelar ‘budak satu sen tak guna’.

Dendam tak pernah reda

Joflam

Dakwanya, Adam adalah ‘whistleblower’ yang telah membongkarkan perbuatan bekas isterinya menghubungi lelaki lain tanpa keizinannya.

Adam adalah jiran saya dan juga antara terawal bekerja dengan saya. Dengan saya bertanggungjawab setia dan ambil berat pada kehidupan saya, Adam hanya ceritakan kebenaran yang perlu sahaja pada saya.

Di hantaran terakhir, Jofliam berkata dia dan bekas isteri kini mempunyai kehidupan masing-masing. Mereka kini berjuang hanya untuk kebahagiaan anak-anak.

Dia berharap masing-masing dalam fokus dan menyebarkan perkara positif sahaja tanpa perlu menjatuhkan sesiapa.

#OhmediaNasihat

Apabila pasangan berpisah, anak-anak akan menjadi mangsa keadaan. Sebaiknya elakkan bercakap buruk mengenai satu sama lain demi menjaga kebahagiaan bersama.

Ohmedia jofliam 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Jofliam


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas