Connect with us

Oh! Media

‘Dia Tanya Duit Yang Diterima Itu Adakah Dari Allah Atau Dari Dia’

Cover Photo Om 1200 X 675 15

Trending

‘Dia Tanya Duit Yang Diterima Itu Adakah Dari Allah Atau Dari Dia’

Dua orang pengawal peribadi dibelasah dan diacukan pistol oleh majikan dipercayai hanya kerana berpuasa. Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Klang itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam di badan.

173461732 10162062504869572 1937877730749865125 n

Menceritakan dengan lebih lanjut, mangsa mendakwa mereka dijadikan seperti pertunjukan apabila dipukul di hadapan pekerja lain.

Kami dijadikan seperti ‘show’ (pertunjukan), dia siap cakap you (awak) mahu pilih Allah ke mahu pilih saya.

Individu yang memukul saya itu seorang sahaja iaitu bos, yang membuatkan ramai itu apabila kami dijadikan sebagai ‘show’ pertunjukan.

Bukan sahaja dipukul, dia dan seorang lagi mangsa mendakwa turut menerima ugutan menghina agama daripada suspek.

IKLAN

Dia beritahu jika dia membuang kami berdua, adakah Allah boleh tolong saya, dia bertanya duit yang diterima itu adakah dari Allah atau dari dia.

Susulan laporan, pihak polis berjaya menahan empat individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli menegaskan kes ini tidak membabitkan isu perkauman.

Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batas undang- undang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas