Trending

“Di Mana Silapnya? Saya Silapnya” – PU Abu Bagi ‘Hint’ Berpisah Dengan Dua Isteri

Published on

Sebelum ini, isu rumahtangga PU Abu hangat diperkatakan apabila dia dikatakan menceraikan isteri hamil untuk berkahwin dengan seorang janda.

Memang panas lah isu ini apabila masing-masing berbalas-balas kenyataan. Siapa yang follow mesti tahu konflik antara mereka bertiga ni.

BACA: “Soal Nafkah Anak Pun Ikut Suka Hati Dia” – Hana Azraa Buat Laporan Polis Ke Atas PU Abu

Jun lalu, media melaporkan PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan mendedahkan rumah tangga dengan dua isterinya, Ain Afini dan Hana Azraa dilimpahi kebahagiaan ketika ini.

Tup tup! Pendakwah ini menerusi hantaran terbaru di Instagram Story memberi bayangan rumah tangga yang dibina bakal berakhir.

Tulisnya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing diambil selepas mereka bertiga. Selepas 6 tahun menghadapi kemelut, dia sebagai suami akur kerana tiada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai mereka.

Dia yang bertugas di Madinah berkata, kegagalan rumah tangga ini adalah silapnya sendiri. Dia tiada pilihan selain melepaskan apabila tahu isteri-isteri sengsara dan tidak bahagia.

Hmm, serius ke ni PU Abu? Diharapkan semua urusan dipermudahkan Allah SWT.

Kredit: Instagram Abu Sufyan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version