Tular di media sosial, video seorang wanita di Brazil tergamak membawa mayat bapa saudaranya ke bank untuk menandatangani pinjaman peribadi yang bernilai kira-kira 17,000 Reais (RM15,000).
Wanita yang dikenali sebagai Erika de Souza membawa mendiang Paulo Roberto Braga dengan menggunakan kerusi roda.
Menurut laporan CBS News, kerani bank berkenaan berasa curiga dengan wanita ini ketika urusan sedang dijalankan kerana bapa saudaranya sudah pucat kekuningan.
Paulo dikatakan telah terkulai di atas kerusi rodanya namun Viera berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku dan cuba menyelitkan pen ke dalam tangannya sebagai usaha menurunkan tandatangan.
Petugas bank yang curiga dengan perbuatan Viera telah menelefon pihak polis untuk menangkap wanita ini.
Sudah 2 jam tidak bernyawa
Hasil siasatan yang dibuat telah mendapati bapa saudara kepada Viera ini telah meninggal kira-kira 2 jam sebelum ke bank.
Viera dikatakan menyalahguna mayat Paulo dengan membawanya ke bank demi kepentingan peribadi dan telah diberkas oleh pihak polis.
Difahamkan Paulo telah dijaga oleh Viera ketika hidup.
Pihak polis yang mengedalikan kes ini juga berkongsi bahawa meraka tidak pernah berdepan dengan jenayah yang segila ini dalam tempoh 2 tahun bertugas.