Connect with us

Oh! Media

Dedah Kelebihan Buah Import Australia, Dr Fazley Teruja Kongsi Resepi & Pengalaman Di Negara Orang

Trending

Dedah Kelebihan Buah Import Australia, Dr Fazley Teruja Kongsi Resepi & Pengalaman Di Negara Orang

Setiap buah-buahan mempunyai kebaikan dan kelebihannya tersendiri, tidak kiralah sama ada dari dalam atau luar negara. Ia mengandungi khasiat dan vitamin yang diperlukan bagi membantu meningkatkan imuniti tubuh.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini dalam program Taste Australia, Cherries and Summerfruits (pic, nektarin, apricot dan plum) Dr Fazley Yaakob telah berkongsi resepi ringkas dan mudah untuk membuat pie buah.

Menggunakan buah-buahan segar dari Australia, Dr Fazley hanya menggunakan 4 bahan iaitu tepung, mentega, air dan sedikit garam untuk membuat kulit pie.

Sambil menyediakan pie buahnya, Dr Fazley sempat berkongsikan keindahan dan rasa segar buah-buahan dari Australia sewaktu melanjutkan pengajiannya di negara kanggaru itu.

Turut sama dalam program itu ialah Paul Sanda, Menteri Kaunselor (Komersial) dan Pesuruhjaya Perdagangan Kanan Malaysia & Brunei. Menurut beliau, pihaknya teruja melancarkan ceri Australia dan buah-buahan musim panas di sini selepas setahun diusahakan.

Cherries and Summerfruits adalah gandingan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan pada masa kini. Buah-buahan ini mempunyai antioksidan dan vitamin C, A dan K yang mempunyai pelbagai manfaat termasuk kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan keseluruhannya memberikan rangsangan yang kuat kepada imuniti .”

Terkenal dengan khasiat dan rasa manisnya, Cherries and Summerfruits Australia ditanam mengikut proses ketat Australia, bagi memastikan hanya buah-buahan yang berkualiti dieksport ke Malaysia.

Susun buah dan raikan bakul kegembiraan anda

Bagi memacu kempen ini, Taste Australia turut menganjurkan peraduan di media media sosial yang bertemakan Basket of Summer Joy (Bakul Kegembiraan Musim Panas). Melalui peraduan ini rakyat Malaysia dipelawa untuk menunjukkan kreativiti masing-masing menyusun bakul buah yang menampilkan mana-mana satu atau gabungan ceri Australia dan buah-buahan musim panas.

Penyertaan yang paling kreatif akan memenangi wang tunai atau baucar pasar raya bernilai RM200. Peraduan Basket of Summer Joy ini akan berlangsung dari 19 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, klik di SINI.

Rangkaian Cherries and Summerfruits Taste Australia kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Jaya Grocer, Village Grocer, QRA, Lotus’s, dan pasar raya AEON di seluruh Malaysia.

Untuk hidangan buah-buahan yang segar setiap hari atau untuk pemberian hadiah dan keperluan membakar, kunjungi pasaraya berhampiran anda hari ini!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas