Trending
Datuk Seri Vida Jadi ‘Joker’ Versi Perempuan?
Datuk Seri Vida jadi pelakon utama filem Jibrail dan dakwa dirinya bakal jadi pelakon hebat tahun hadapan.
Bukan setakat berjaya sebagai usahawan, Datuk Seri Vida kini semakin agresif mengukuhkan nama dalam industri seni. Selepas beberapa ‘single’, Vida kini masuk ke dunia lakonan menerusi filem Jibrail arahan Azlan Norani.
Menurut laporan Kosmo, filem tersebut sudah 80% siap penggambaran dan dijangka ditayangkan pada Januari 2026.
Datuk Seri Vida kongsi pengalaman bawa watak ibu Jibrail

Dalam temubual bersama HibGlam, Vida mendedahkan sebab dirinya terlibat untuk berlakon.
Saya sebenarnya pelakon utama karya seterusnya Azlan Norani… Cerita ini sedih dan saya berlakon sebab mahu menyokong Azlan.
Menurutnya, pengarah menunggu setahun untuk mendapatkan persetujuannya kerana beliau sukar menghafal skrip dan tidak mahu menyusahkan produksi.
Namun, Azlan tetap mahu mengikut masa Vida.
Saya akan pegang watak sebagai ibu Jibrail yang melalui halangan dan rintangan dalam perjalanan hidup dibuli, ditipu dan dizalimi masyarakat.
Tak ambil kelas lakonan, belajar terus di set

Disebabkan jadual padat, Vida mengakui tidak sempat mengikuti kelas lakonan.
Saya tak ambil kelas dan belajar sendiri masa dekat set saja.
Beliau turut mendedahkan terdapat adegan yang memerlukan penggunaan senjata, namun latihan hanya dilakukan sejam sebelum penggambaran.
Itu yang terbaik saya boleh hasilkan… Sayalah pelakon hebat tahun hadapan.
Pssttt! Bakat itu boleh diasah, tapi keyakinan diri adalah separuh daripada perjalanan. Kalau nak cuba sesuatu yang baru, buat saja tapi pastikan komitmen pun seiring impian!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.