Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Tiong King Sing Berang Dan Arah Samseng Keluar Dari Bintulu!

Ohmedia 50619d70 796d 4099 a752 3e8b91610de4

Oh! Negara

Datuk Seri Tiong King Sing Berang Dan Arah Samseng Keluar Dari Bintulu!

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah bersuara dan menggesa kumpulan samseng supaya meninggalkan bandar itu selepas tular satu insiden kekerasan yang mengejutkan ramai.

Tindakan itu diambil beliau selepas video yang tular tersebut memaparkan serangan kejam dari ahli kumpulan samseng menggunakan gunting sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Tindakan tegas perlu diambil

Sing

Menurut King Sing, kumpulan itu mungkin rasa boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam sekiranya  tindakan tegas tidak diambil.

IKLAN

Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat aksi ganas berulang lagi dan saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng supaya beredar sebelum terlambat.

Jika anda terus melanggar undang-undang dan menimbulkan masalah, anda perlu menghadapi akibatnya.

Suspek akhirnya menyerah diri

Sing

Menteri Pelancongan itu mengesahkan bahawa individu yang terlibat dalam insiden serangan tersebut sudah menyerah diri kepada polis. Sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk Bintulu yang bimbang dengan peningkatan kejadian jenayah di kawasan mereka.

Saya menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali dan pasukannya supaya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Semestinya tiada kelonggaran dalam jenayah serius seperti itu dan kita mesti membanteras keganasan kumpulan kerana kejadian ini terlalu parah untuk diabaikan.

#OhmediaNasihat

Jangan sesekali biarkan kumpulan samseng membuat gangguan. Korang perlu laporkan kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan!

Ohmedia 50619d70 796d 4099 a752 3e8b91610de4

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas