Connect with us

Oh! Media

Dato Afnan Mengaku Bapa Kandung Cahaya, Peguam Mohon Penulis Cerita Semak Isu Nasab Betul-Betul

Trending

Dato Afnan Mengaku Bapa Kandung Cahaya, Peguam Mohon Penulis Cerita Semak Isu Nasab Betul-Betul

Sebelum ini, peguam syarie dan konsultan perundangan Islam, Fahmi Ramli telah tampil menjelaskan status sebenar watak Cahaya Malaika dalam drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’. Dalam drama itu, Cahaya dikatakan anak tak sah taraf selepas ibunya curang ketika outstation.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Zina Dengan Lelaki Lain, Peguam Jelaskan Status Sebenar ‘Cahaya Malaika’

Terbaru, peguam ini sekali lagi memohon stesen televisyen dan penulis skrip menyemak isu nasab dengan betul sebelum mempamerkannya kepada umum.

Jelasnya, dia rasa terpanggil untuk menegur selepas melihat episod 19 di mana Dato’ Afnan datang ke rumah berjumpa dengan Cahaya dan mengaku sebagai bapa kandungnya.

Tangan saya bergetar kerana terlalu marah bila baru sahaja menonton Episod 19 di Disney Hotstar.

Buat yang tak tonton, saya beritahu apa sebabnya saya marah.

Dalam episod tersebut, Dato Afnan (Edika Yusof) telah datang ke rumah Firdaus Bapa Cahaya Malaika (Fauzi Nawawi) untuk melihat dan berjumpa dengan Cahaya Malaika (Sophia Barakbah) lantas memberitahu yang dia adalah ‘Bapa Kandung’.

Yang tak boleh saya terima, Firdaus ni pun siap cakap ‘Ini adalah bapa kandung Cahaya’. What the fish!!!!

Peguam ini secara terperinci menerangkan hukum sebenar di antara Dato’ Afnan, Cahaya Malaika dan Firdaus. Baca penerangan penuh seperti di bawah ini.

Apa hubungan sepatutnya Cahaya dengan Dato’ Afnan?

Walaupun diketahui Dato’ Afnan itu telah meniduri isteri Firdaus, Wahidah (Aleza Shadan), TAPI dalam Islam, dia tak boleh dikatakan sebagai Bapa Kandung. Istilah bapa kandung digunakan untuk Anak Sah Taraf yang dinasabkan kepada seorang bapa yang sah dalam tempoh perkahwinan mengikut Hukum Syarak.Seandainya, katakanlah Wahidah diceraikan, dan kemudian berkahwin dengan Dato’ Afnan, ia tak akan menjadikan Cahaya Malaika itu sebagai Bapa Kandungnya. Hubungan Cahaya dan Dato’ Afnan tu hanya seperti Bapa Tiri yang haram berkahwin dengan anak tiri disebabkan perkahwinan dengan ibunya.

Betul ke Cahaya Anak Tak Sah Taraf?

Seperti yang saya pernah ulas, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus dan Wahidah sebab dia dilahirkan dalam tempoh perkahwinan mereka. Meskipun, DNA dan pengakuan Wahidah yang terlanjur dengan Dato’ Afnan ketika dia bergelar isteri orang membuktikan Cahaya datang dari benih Dato’ Afnan (mungkin), TAPI disebabkan Firdaus tidak membuat Permohonan Cerai Lian, maka, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus.

Bukan ke DNA terbukti kuat?

DNA adalah satu kaedah saintifik. Islam tidak menolak pembuktian tersebut. Tetapi, dalam Undang-undang dan Syarak, hanya ada satu cara untuk seorang lelaki menafikan nasab anaknya iaitu dengan Cerai Lian setelah dia menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain.Saya dah ulas perkara ini berdasarkan satu rujukan kes Jurnal Hukum yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah (boleh rujuk artikel sebelum ini), Mahkamah memutuskan, DNA hanya digunakan untuk membuktikan nasab seseorang anak sahaja, bukan CARA untuk menafikan nasab.

Walaupun Firdaus mungkin tahu perbuatan isterinya dibelakang?

Ya, walaupun Firdaus tahu Wahidah telah terlanjur dengan lelaki lain. Untuk menjawab kepada persoalan ini, saya merujuk kepada satu Hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya “ Anak itu dinisbahkan kepada katil, sedangkan untuk orang yang berzina terlarang daripada apa-apa”(Bukhari & Muslim)Maksudnya, katil itu dinisbahkan kepada isteri. Pemilik kepada katil tersebut adalah suami yang sah. Anak itu dinisbahkan kepada suaminya. Meskipun, isteri tersebut menafikan itu anaknya, tetapi suami itu menyatakan itu anaknya, maka anak itu tetap boleh dinasabkan kepada suaminya.

Kalau Firdaus menafikan itu nasabnya?

Jika Firdaus atau suami tersebut, menafikan bahawa itu anaknya, dan menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain, isteri pulak menafikan, maka ia akan menjurus kepada Cerai/Sumpah Lian jika suami tidak mampu membawa bukti syarak tuduhan zina iaitu 4 orang saksi lelaki. Selepas itu, barulah anak itu dinafikan nasab daripada suami tersebut.Manakala, orang yang berzina, iaitu tidak ada pertalian nikah yang sah, dan melahirkan anak, maka anak itu tak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut, sebaliknya nasab kepada ibunya sahaja.Jadi, ini bermaksud, anak itu masih wajar dinasabkan kepada suami yang sah, meskipun isteri tersebut mengakui yang itu bukan benih suaminya. Syaratnya, suami tersebut menafikan dakwaan isterinya dan mengakui itu adalah anaknya.

Bukan ke masa belajar dulu anak tak sah taraf tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina?

Memang betul. Tapi di dalam kes ini, Wahidah itu berzina dengan lelaki lain dalam tempoh perkahwinannya dengan Firdaus. Lainlah kalau Wahidah, berzina dengan Dato’ Afnan SEBELUM kahwin dengan Firdaus. Memang haram la hukumnya dinasabkan kepada Firdaus tu. Itu kita panggil istilahnya Pak Sanggup. Hukumnya Haram dalam Islam. Bezakan antara situasi zina sebelum nikah dengan zina selepas nikah.

Perkongsian penuh:

Secara kesimpulannya, peguam ini secara tegas memohon isu sebegini tidak diambil mudah. Beliau bimbang orang ramai akan mendapat informasi yang salah disebabkan skrip atau penulisan drama yang tidak dikaji.

Beliau turut mengakui tidak faham bagaimana drama ini dikatakan sudah disemak oleh JAKIM tetapi boleh terlepas pandang isu sebegini. Pandangan yang disampaikan beliau ini adalah berdasarkan kepada keputusan kes yang pernah dibuat Mahkamah Syariah mengikut undang-undang dan syarak.

Kredit: Facebook Fahmi Ramli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas