Pernah dikritik gara-gara jolokan ikon permotoran anak muda, influencer TikTok, Haqiem Stopa hari ini sekali lagi menjadi sebutan ramai.
BACA: “Atas Dasar Apa?” – Netizen Persoal Sekolah Panggil Haqiem Stopa Bagi Motivasi Dekat Pelajar
Ini kerana dia dilihat hadir untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar di SMK Sungai Besi. Netizen mempersoalkan apakah kelayakan Haqiem yang sebelum ini dikenali sebagai mat rempit.
Tidak hanya mendiamkan diri, pemuda berusia 22 tahun ini menjawab pertanyaan media mengenai kehadirannya ke sekolah itu.
Menurutnya, dia hadir di atas jemputan belia mahir. Mereka memberi motivasi kepada pelajar-pelajar mengenai peluang kedua. Peluang kedua yang dimaksudkan contohnya pelajar yang gagal dalam SPM masih berpeluang untuk berjaya.
Di program itu, dia menyampaikan mesej mengenai latarbelakangnya daripada seseorang yang gagal. Dia juga adalah mangsa buli siber. Dia menafikan dakwaan telah mengajar pelajar-pelajar mengenai motor, fly dan sebagainya.
Kita kongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat/usaha yang besar. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah dan masa depan.
Haqiem turut menjawab pertanyaan mengenai pertemuannya dengan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini. Pertemuan itu hanyalah sesi perkenalan kerana YB ingin tahu mengapa dia ada ramai pengikut di laman sosial.
Kredit: Instagram Haqiem Stopa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.