Trending

Dapat Terima Madu Seadanya, Abang Tesla Anggap Isteri Pertama Hadiah Terindah

Published on

Usahawan Khai Iltizam atau lebih dikenali sebagai Abang Tesla nampaknya membuktikan dia mampu berpoligami apabila berjaya menyatukan kedua-dua isterinya.

BACA: “Saya Dapat Rasa Getar Bila Bersama” – Abang Tesla Jumpa Isteri Kedua Di Instagram

Terdahulu, Abang Tesla telah membawa Nur Majdina dan Nursyafiqa melancong ke Turki sebelum menunaikan umrah di Tanah Suci.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, usahawan ini mengucapkan selamat hari jadi buat isteri keduanya yang ke-22 tahun.

Dia berharap Nursyafiqa dapat menjadi isteri yang taat kepada Allah SWT dan taat kepadanya sebagai suami.

Saya takda hadiah nak bagi. Tapi hadiah terindah adalah @n.majdina yang boleh terima awak seadanya.

Di ruangan komen, orang ramai mendoakan semoga rumah tangga pasangan ini dirahmati sentiasa. Semoga kekal bahagia selamanya!

Kredit: Instagram Khal Iltizam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version