Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mula keluar pada minggu lepas dan seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon telah memperoleh keputusan semua A. Tahniah!
Mesti ramai di kalangan adik-adik kita yang mendapat ucapan tahniah serta hadiah dari keluarga ekoran kecemerlangan mereka dalam ujian SPM pada tahun lepas.
Dapat hadiah kereta Honda
Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang pelajar yang hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM bersama ibunya.
Menerusi video itu, dapat dilihat pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang iaitu meraih 8A dalam peperiksaan SPM.
Namun apa yang menjadi perhatian warganet ialah, ibu kepada pelajar tersebut menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda City atas kejayaan anaknya yang meraih keputusan cemerlang itu.
Tahniah dapat keputusan cemerlang
Video yang tular ini mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan menyambut baik keputusan ibu kepada pelajar tersebut yang menghadiahkan anaknya dengan sebuah kereta.
Wahh tahniah dik, untung awak dapat hadiah kereta. Korang masa ambil keputusan SPM dulu, dapat hadiah apa?