Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Selebriti Rentas Negeri Honeymoon Di Sabah, Polis Buat Siasatan Lanjut

Polis Siasat Rentas Negeri Om

Trending

Dakwaan Selebriti Rentas Negeri Honeymoon Di Sabah, Polis Buat Siasatan Lanjut

Baru-baru ini, viral di media sosial dakwaan pasangan selebriti yang baru berkahwin dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah. Dakwaan mula hangat diperkatakan apabila pasangan tersebut memuat naik foto menunjukkan suasana seakan berada di sebuah pusat peranginan.

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan melakukan siasatan terperinci dan memanggil pasangan terbabit untuk memberikan keterangan sebaik mereka tiba di Semenanjung.

Crop honeymoon

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pada 20 Mac lalu pihaknya ada menerima permohonan rentas negeri dari seorang lelaki ke Sabah atas urusan perniagaan. Permohonan dibuat di Balai Polis Setapak kira-kira jam 5 petang.

IKLAN

Pemohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini.

Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya berusia 31 tahun kemudian tular di media sosial, semalam.

Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah.

Jelasnya lagi, jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara polis dalam memberikan kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas