Connect with us

Oh! Media

Dakwa Difitnah Rita Rudaini, Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar Fail Saman

Ohmedia rita Rudaini 2

Oh! Artis

Dakwa Difitnah Rita Rudaini, Yang Dipertua Muafakat MRSM Sungai Besar Fail Saman

Tokoh akademik fail saman terhadap Rita Rudaini atas dakwaan fitnah yang jejaskan reputasi MUAFAKAT MRSM.

Dua tokoh akademik nekad membawa isu fitnah ke muka pengadilan selepas mendakwa menjadi sasaran tuduhan tidak berasas selebriti terkenal, Rita Rudaini.

Tindakan itu diambil selepas notis tuntutan RM1 juta yang dihantar kepada Rita sebelum ini didakwa tidak dipatuhi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kes ini membabitkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, dan timbalannya, Saidah Haris @ Harith, yang akhirnya memfailkan saman pada 6 Disember lalu.

IKLAN

Dakwaan fitnah melibatkan pelbagai tuduhan berat

Rita Rudaini

Menurut Datuk Adnan Seman daripada Tetuan Adnan Sharida & Associates yang mewakili plaintif, saman itu difailkan selepas Rita didakwa memuat naik beberapa kenyataan berbaur fitnah di Instagram, WhatsApp serta platform lain.

Antara tuduhan yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta salah urus wang ibu bapa.

Kenyataan-kenyataan berkenaan turut mencetuskan penerbitan sebuah artikel akhbar tempatan yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui kedua-dua plaintif.

Dalam pada itu, Adnan turut menjelaskan bahawa Rita didakwa bertindak secara semberono dan mempunyai niat jahat apabila memuat naik kenyataan tanpa semakan, lebih-lebih lagi dengan jumlah pengikutnya yang besar.

Kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan bertindak secara semberono dan dikatakan mempunyai niat jahat kerana memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar memandangkan jumlah pengikut defendan yang ramai.

Tuntutan injunksi, permohonan maaf dan ganti rugi

Rita Rudaini

Plaintif kini menuntut perintah injunksi, pemadaman semua kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.

Kes ini dikatakan dibawa ke mahkamah selepas pihak defendan gagal mematuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober, termasuk permohonan maaf dan bayaran RM1 juta ganti rugi am.

Pssttt! Semoga isu ini dapat diselesaikan secara damai demi kebaikan semua. Dalam era media sosial ni, salah sikit boleh jadi isu besar kan.

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas