Trending
“Dahlah Bod*h Pancung, Lepas Tu Koyak” – Abang Kopiah Tunjuk Lagak Samseng, Tahan Kereta Ajak Gaduh
Biarpun kita sudah mematuhi peraturan ketika memandu, pasti ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan melanggar peraturan yang sedia ada.
BACA : “Boleh Bocor Kepala Budak” – Lelaki Ini Kongsi Foto Taman Permainan Paling Bang*ng Tahun 2022?
Terbaharu, tular sebuah video di Twitter dimana ia memaparkan seorang pemandu Proton Perdana menunjukkan lagak ‘gangster’ nya di atas jalan raya apabila gagal memotong barisan di satu lorong di kawasan Setia Taipan.
Bodoo bajet² gengster kan dah viral. Buang la kopiah tu!! Buat malu je!!!@PDRMsia @JPJ_Malaysia
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Video dekat bawah. pic.twitter.com/md81k8zX5l
Kerana tidak berpuas hati gagal memotong barisan, individu terbabit mengejar dan menghalang laluan pemilik kereta yang merakam kejadian menggunakan dashcamnya di kawasan perumahan untuk menghantar rakan pulang.
Melihat dari video yang dimuat naik, lelaki berkopiah hitam itu turun dari kereta dengan tidak memakai pelitup muka dan berjalan seakan-akan ‘samseng’ menghampiri kereta pemilik dashcam terbabit.
Walau bagaimanapun, individu lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui pemilik dashcam akan ke balai polis bagi menunjukkan bukti kesalahan pemandu Proton Perdana yang dirakamkan dengan kamera hadapan dan belakang kereta.

Difahamkan melalui ruangan komen, mendapati kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150 dan rata-rata warganet meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu itu.
Kredit: Twitter @vicensolorenzo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM