Laluan lorong kecemasan di lebuh raya itu disediakan khusus untuk tujuan kecemasan. Namun, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri dengan menyalahgunakan lorong kecemasan tersebut.
Baru-baru ini tular di Twitter satu video menunjukkan kenderaan jenis ‘Mercedes’ yang menggunakan laluan kecemasan ketika kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya.
Pemandu terbabit kemudiannya bertindak memberhentikan kenderaannya selepas tidak berpuas hati tindakannya menggunakan laluan kecemasan itu dihalang pengguna jalan raya yang lain.
Dia yang memberhentikan kenderaannya itu terus membuka tingkap dan menjenguk ke luar tingkap sebelum bertindak seperti membaling sesuatu kepada kenderaan yang menghalangnya itu.
Netizen berang dengan tindakan pemandu ‘Mercedes’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu ‘Mercedes’ terbabit kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Walaubagaimanpun, pemandu ‘Mercedes’ terbabit ketika ini difahamkan sedang dikesan oleh pihak polis bagi diambil tindakan selanjutnya.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT
Video Tular Melalui Media Sosial Memandu Secara Merbahaya.
Mungkin pemandu tersebut betul-betul berada dalam kecemasan. Tapi kalau betul pon dalam kecemasan, janganlah sampai memberhentikan kenderaan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Apa pandangan korang?