Dalam surat bertarikh 25 Februari itu, dia berkata pendapatan harian yang diperolehinya kini sudah mampu digunakan untuk menanggung keluarga.
Sikap berdikari bekas asnaf ini ternyata telah mendapat perhatian bahagian Operasi Agihan Asnaf Daerah Petaling. Jelasnya, lelaki ini dahulunya terpaksa memohon zakat di atas faktor kesihatan.
Sebelum ini, dia bekerja sebagai pembaiki barangan elektrik dengan pendapatan RM1300 dan perlu menanggung tiga anak serta seorang isteri yang tak bekerja.
Tambah pusat zakat lagi, perwatakan lelaki ini jelas menunjukkan dia seorang yang sangat merendah diri dan jujur. Mereka terkejut apabila penerima sendiri memaklumkan mahu keluar daripada menerima zakat kerana pendapatan sudah stabil dan ada yang lebih layak.