Trending
“Dah Enjoy Makan Duit Dulu, Tapi Kerja Tak Siap” – Datuk Seri Vida Akhirnya Dedah Isu Hutang Lebih RM1 Juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida akhirnya bersuara mengenai dakwaan hutang lebih RM1 juta kepada syarikat pembinaan Ah Design Communication sejak 2018.
Menurut laporan Kosmo, Vida berkata yang kontraktor itu sebenarnya telah menerima sebahagian bayaran tetapi kerja masih tidak disiapkan seperti dijanjikan.
Biasanya projek bayar dulu barulah claim dibuat. Dalam kes saya, kontraktor dah enjoy makan duit dulu tapi kerja tak siap-siap.
Peguam dan Datuk Seri Vida cabar tuntutan sita aset mewah

Dalam perkembangan sama, peguam Dato’ Seri Vida sebelum ini memaklumkan bahawa mereka akan mencabar tuntutan perintah sita yang melibatkan beberapa aset mewah dan termasuklah empat kenderaan mewah miliknya itu.
Tindakan ini diambil bagi memastikan aset tersebut tidak dirampas selagi proses perundangan berjalan.
Minta orang ramai bersabar

Sebelum ini, usahawan itu juga meminta orang ramai supaya bertenang sementara menunggu sidang media khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Saya sekarang berada di luar negara, jadi saya akan buat penjelasan penuh sebaik pulang.
#OhmediaNasihat
Apa pun masalah yang dihadapi, komunikasi yang jelas dan bukti yang kukuh sangat penting dalam menyelesaikan pertikaian, terutama apabila melibatkan wang dan kontrak. Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor atau rakan kerjasama untuk mengelakkan masalah seperti ini.
Kesimpulannya, jangan hanya dengar sebelah pihak. Tunggu penjelasan penuh sebelum membuat kesimpulan!
