Connect with us

Oh! Media

Lori Shopee

Trending

Curi Lori Shopee Yang Penuh Dengan Barangan Kiriman, Tiga Lelaki Ditahan

Terdapat sindiket curi dan ubahsuai lori di sekitar Lembah Klang yang berjaya ditahan polis baru-baru ini. 

Menurut laporan Astro Awani, kesemua suspek yang berusia antara 39 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi Op Lejanh Kasuarina di Gombak dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

IKLAN

Operasi tersebut juga telah merampas sebuah lori yang mengandungi barangan kiriman ‘Shopee’ yang masih belum dihantar kepada pembeli. Ada ke antara korang yang beli barangan dari Shopee dan masih lagi belum sampai? Mungkin inilah puncanya.

Sindiket beroperasi dengan mencuri lori dan kemudian membuang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), mengubahsuai nombor casis dan nombor enjin untuk mengelak dikesan sebelum menjualnya kepada pihak ketiga atau untuk kegunaan sendiri.

Serbuan tersebut berjaya merampas 12 buah lori, forklift dan enjin yang dianggarkan bernilai RM2.8 juta. 

Walaubagaimanapun, polis masih lagi mengesan ahli kumpulan yang mungkin masih ada. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang hal ini, boleh menghubungi balai polis berdekatan ya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas