Connect with us

Oh! Media

“Cuma Kami Tahu Cerita Sebenar” – Isteri Fikry Ibrahim Akhirnya Buka Mulut

Ohmedia isteri Fikry Ibrahim

Trending

“Cuma Kami Tahu Cerita Sebenar” – Isteri Fikry Ibrahim Akhirnya Buka Mulut

Isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah akhirnya buka mulut tentang isu rumah tangga dan dakwaan fail cerai.

Selepas berdiam diri dari segala kecaman netizen, isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan akhirnya tampil memberi penjelasan dalam satu sesi siaran langsung di TikTok semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Khalizah berkata walaupun pelbagai komen negatif dilemparkan kepadanya, hanya dia dan suami mengetahui apa yang benar-benar berlaku dalam rumah tangga mereka.

Saya tahu banyak orang komen negatif dekat saya. Hanya saya dan suami saja yang tahu sebab kami tak bercerita kepada umum.

“Bukan keputusan terburu-buru” – Isteri Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim

Mengulas tentang tindakannya memfailkan perceraian, Khalizah menegaskan bahawa keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya ia adalah ujian kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN

Kita manusia, lagi-lagi yang tak sempurna macam saya. Kadang-kadang Allah uji… siapa yang kahwin tak nak bahagia, kan?

Katanya lagi, walaupun dirinya bukanlah insan sempurna dalam agama, dia tetap tahu dan faham hukum dalam membuat sesuatu keputusan yang besar.

“Saya pun ada salah juga” – Khalizah

Fikry Ibrahim

Khalizah juga menolak untuk menyalahkan mana-mana pihak dalam kemelut rumah tangganya. Malah, dia mengakui mungkin ada juga kesilapan yang datang dari dirinya sendiri.

Kita tengah berusaha ke arah kebaikan. Tiada siapa nak benda tu berlaku… terutama sekali kita ada anak perempuan.

Ujarnya, keutamaannya kini adalah membaiki keadaan dan mencari jalan yang terbaik demi masa depan mereka sekeluarga.

Pssttt! Kita hanya melihat dari luar, tapi hanya mereka yang melalui badai itu tahu rasanya. Dalam setiap krisis, cuba selami dengan empati, bukan kecaman.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas