Connect with us

Oh! Media

Cukai Rokok Dinaikkan Lagi?

rokok

Trending

Cukai Rokok Dinaikkan Lagi?

Nampaknya, negara jiran kita, Indonesia telah memutuskan untuk menaikkan lagi cukai rokok sebanyak 12 peratus. Perkara ini disahkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kompas, kenaikan 12 peratus ini akan membuatkan harga kebanyakan jenis rokok disana dijual pada harga 38,100 rupiah atau RM11.26 sebungkus.

Ini adalah cukai baharu yang akan mula dikuatkuasa pada Januari depan. Presiden Joko Widodo meminta agar semua persiapan dapat diselesaikan sebelum kita boleh mengguna pakai cukai baharu pada 1 Januari depan.

Apa punca kenaikan cukai rokok ini berlaku agaknya di Indonesia?

Seperti kebanyakan negara, antara alasan yang diberikan untuk kenaikan cukai rokok ini adalah untuk mengurangkan jumlah perokok. Ini bagi memastikan rakyat mereka dapat hidup lebih sihat dan bebas dari rokok.

Sebab lain, kerajaan turut ingin membenteras kegiatan rokok haram yang ternyata merugikan kerajaan sendiri. Harga rokok di Indonesia bagaimanapun masih murah jika dibandingkan dengan negara ASEAN lain. Ini apabila Indonesia menjadi negara ketiga harga rokok termahal selepas Singapuda dan Malaysia.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas