Trending

“Cikgu Boleh Mengajar Sambil Live TikTok Ke?”- Netizen Kritik Dan Minta PPD Ambil Tindakan

Published on

Tular di media sosial hari ini apabila satu rungutan daripada seorang individu mengenai sikap beberapa orang pendidik yang didakwa mengajar anak murid secara ‘siaran langsung’ atau ‘live’ di media sosial.

Kata individu itu, ada guru bertindak melakukan ‘live’ mengajar di platform seperti TikTok, Facebook Live dan ia sepatutnya tidak dibolehkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tambah individu itu lagi, dia ada meninggalkan komen mengenai perbuatan tersebut namun dibalas:

Kenapa tak boleh mengajar ‘live’? Ramai je cikgu mengajar ‘live’.

Berikutan itu, ramai warga maya berpendapat bahawa tindakan seperti itu tidak wajar untuk dilakukan kerana guru berkemungkinan besar tidak dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap anak murid.

Saya sendiri cikgu. Perkara ini tidak boleh diterima. Live dia pernah lalu FYP. Mata tak habis-habis tengok phone semasa cikgu ni mengajar. Siap dok respon dekat chat lagi. Dia tak 100% fokus dalam kelas.

Dalam hantaran lain, jurucakap bagi Menteri Pendidikan iaitu Radzi Jidin ada mengeluarkan kenyataan di mana pegawai awam adalah dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat.

Difahamkan juga, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan mengenai kes tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version