Connect with us

Oh! Media

Cikgu Ayu Beri Amaran Kepada Pegawai Kaki Buli

Cikgu ayu ohmedia

Trending

Cikgu Ayu Beri Amaran Kepada Pegawai Kaki Buli

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan artikel tentang seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Ayu yang mendedahkan masih diaibkan pegawai atasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BACA: “Siapa Tak Sayang Gaji RM4k Sebulan” – Cikgu Ayu Menangis Diaibkan Pegawai Walaupun Dah ‘Resign’

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, Cikgu Ayu menyatakan dia sudah mencuba untuk menghubungi pihak berkenaan untuk bersemuka tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

IKLAN

Cikgu Ayu tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang…

Saya sudah menghubungi pihak berkenaan sebanyak 10 kali, namun langsung tidak berjawab. Saya mahu bersemuka dengannya dan nak tahu apa masalah dia masih menggunakan nama saya walaupun sudah berhenti.

Jika perkara sebegini berulang lagi saya bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Cikgu Ayu turut mendedahkan situasi ini turut dialami guru-guru lain selepas menerima banyak DM daripada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan guru pra-sekolah.

Ramai guru yang terpaksa ambil ubat depresi kerana dibuli pegawai…

Saya tularkan disebabkan tidak mahu rakan guru saya dapat pegawai pembuli seperti dia. Peringatan juga kepada yang bakal menjadi pegawai supaya menjadi pegawai yang membantu melahirkan pendidik berkualiti bukan membantu mengaibkan lagi pegawai bawahan.

Saya juga harap Menteri Pendidikan dapat mengambil tindakan terhadap pegawai yang bersikap membuli ini.

Ramai yang terpaksa mengambil ubat depresi kerana dia (pegawai) turun pada bukan untuk membimbing tetapi mencari kesalahan setiap guru dan PPM.

Diharapkan perkara ini mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan agar segala masalah dapat diselesaikan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas