Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Selamba Beri Syarat, Pertimbang Masuk Podcast Kalau Dibayar RM100k

Ohmedia dewi 2

Trending

Cik Epal Selamba Beri Syarat, Pertimbang Masuk Podcast Kalau Dibayar RM100k

Kontroversi rumahtangga pempengaruh Cik Epal dan bekas suami, Jofliam kecoh lagi apabila wanita yang dikatakan orang ketiga tampil membersihkan namanya.

Dalam satu sesi podcast, wanita dikenali sebagai Dewi berkata, apa yang tular sebelum ini adalah fitnah. Dia juga mendedahkan telah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kerana Cik Epal mahu menebus salahnya.

Dewi

Terbaru, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berseloroh berkata, dia akan muncul di sesi podcast untuk menceritakan situasi di pihaknya jika dibayar RM100,000.

IKLAN

Bagi RM100K Cik Epal Pertimbang Masuk Podcast

Cik Epal

Katanya lagi, tiada keperluan memberi penjelasan kerana semua yang terjadi bukanlah berpunca dari dirinya.

Untuk sekarang, aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuatnaik apa-apa kenyataan. Tapi kalau ada yang sudi bayar RM100k masuk podcast, boleh la aku consider. HAHAHA

Terdahulu, Cik Epal seakan memberikan isyarat bahawa dia tidak lagi mempedulikan bekas suaminya dan bersedia melepaskan Jofliam kepada sesiapa sahaja.

#OhmediaNasihat

Dalam hidup ni, bila berdepan dengan kontroversi atau tuduhan, kadang-kadang lebih baik kita bertenang dan biarkan sahaja orang berkata-kata. Kadangkala, berdiam diri lebih baik daripada menambah kekecohan. Yang penting, jaga maruah dan jangan mudah melatah. Kita sendiri yang tahu kebenaran dalam hati.

Ohmedia dewi 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Cik Epal


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas