Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Dedah Sesuatu Ketika Datang Bersama ‘Bodyguard’ Ke Rumah Jofliam

Cik Epal

Trending

Cik Epal Dedah Sesuatu Ketika Datang Bersama ‘Bodyguard’ Ke Rumah Jofliam

Pempengaruh media sosial, Cik Epal baru-baru ini mendedahkan dirinya terpaksa membawa dua orang bodyguard untuk membantunya mengambil barang di kediaman bekas suami, Jofliam.

Tapi lain pula jadinya apabila Jofliam dikatakan tidak membenarkan bodyguard dan kru pindah barang masuk ke rumah tersebut.

Ya aku bawa dua ‘bodyguard’ tapi dia (Jofliam) tak kasi ‘mover’ dan ‘bodyguard’ masuk. Yang boleh masuk hanya aku dan ibu bapa aku saja yang dibenarkan.

Proses dipersulit, kos pindah terpaksa ditanggung Cik Epal

1b713e9f c503 417b 9c77 0568944d0713

Menurut Cik Epal, Jofliam juga dikatakan mengupah perkhidmatan Lalamove untuk mengangkut barang-barangnya keluar, tetapi kosnya perlu ditanggung oleh dirinya sendiri!

IKLAN

Beria dia tempah Lalamove untuk bawa barang aku keluar. Lepas itu Lalamove suruh aku yang bayar, sengkek betul.

Terima kasih kepada sahabat setia

Cik Epal Dan Jofliam

Di hujung perkongsiannya, Cik Epal berterima kasih kepada sahabatnya, Anas Zahrin kerana membantu menyediakan bodyguard untuk keselamatannya.

Untuk info, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai pada 9 Oktober tahun lalu dan pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sebelum ini, Cik Epal mendakwa dirinya dikasari oleh individu bernama Dewi ketika mengambil barang, dan Dewi pula telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Kalau berpisah, selesaikanlah dengan cara baik. Jangan biarkan emosi menguasai hingga menyulitkan proses yang sepatutnya berjalan lancar. Hormat itu perlu, walau apa pun terjadi!

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas