Connect with us

Oh! Media

CIDB Sahkan Tiada Aktiviti Pembinaan Pada Hari Paip Gas Meletup

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Trending

CIDB Sahkan Tiada Aktiviti Pembinaan Pada Hari Paip Gas Meletup

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengesahkan bahawa tiada aktiviti pembinaan dilakukan pada 1 April, hari kejadian letupan saluran gas di Putra Heights.

Menurut laporan Harian Metro, pasukan Penguatkuasaan CIDB Selangor yang diketuai pengarahnya, Heryanti Hilmi telah berada di lokasi pada 2 April untuk mendapatkan maklumat daripada agensi dan kontraktor terlibat.

Siasatan mendapati tapak pembinaan 10 unit kedai pejabat dua tingkat yang dikaitkan oleh netizen sebenarnya terletak 30 meter dari lokasi letupan.

Kerja pembinaan terakhir dilakukan pada 30 Mac

Copy of Untitled Design   1

Berdasarkan laporan kontraktor, kerja pembentungan terakhir dilakukan pada 30 Mac 2025, manakala kerja pembersihan (housekeeping) dibuat pada 31 Mac 2025.

IKLAN

Tiada sebarang aktiviti pembinaan berlaku pada 1 April 2025, ketika letupan gas berlaku.

Tambahnya, pada pagi kejadian, Penolong Pengurus Projek menerima panggilan kecemasan daripada jurutera projek yang memaklumkan insiden letupan dan kebakaran berdekatan tapak binaan itu pada jam 8:32 pagi.

Dua individu cedera dalam kejadian paip gas meletup

Petronas Putra Heights Terbakar

Ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan tempatan dan seorang pekerja asing berada di tapak projek. Kedua-duanya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Buat masa ini, CIDB masih menjalankan siasatan dan sedang menunggu dokumen sokongan lain bagi mendapatkan klasifikasi insiden di bawah skop pematuhan Akta 520.

#ApaKataOhmedia

Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya siasatan rasmi sebelum membuat sebarang spekulasi. Penduduk dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum sahih, sebaliknya menunggu kenyataan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan kekeliruan dan panik.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas