Connect with us

Oh! Media

Che Ta Masih Berhutang RM443K Dengan MARA? Pengerusi MARA Dedahkan Fakta Sebenar

Ohmedia rozita Che Wan

Trending

Che Ta Masih Berhutang RM443K Dengan MARA? Pengerusi MARA Dedahkan Fakta Sebenar

Pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, didakwa masih mempunyai baki hutang tertunggak sebanyak RM443,392 yang belum dilunaskan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

BACA: “Mummy Dah Bayar Mara Ke?” – Aaisyah Luah Rasa Sedih, Che Ta Jelaskan Dah Bayar Hutang Mara

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menafikan dakwaan Che Ta sudah membayar semua hutang pinjaman dengan MARA berjumlah hampir RM1 juta.

IKLAN

Pengerusi MARA bersuara

Pengerusi Mara

Jelas beliau, setakat 18 Februari lalu, pelakon itu telah membayar RM689,307.59, termasuk kira-kira RM150,000 secara tunai di pejabat MARA, manakala selebihnya dilakukan menerusi transaksi dalam talian.

Rozita belum bayar habis hutangnya dengan MARA dengan baki tertunggak berjumlah RM689,307.59 yang perlu dilunaskan sepenuhnya sebelum 31 Mac ini.

Jadi, dakwaan kononnya pelakon itu sudah melangsaikan semua hutangnya dengan MARA adalah tidak benar. Jika dikira, baki hutang Rozita itu jika dibayar boleh menampung hampir 50 pelajar yang belajar di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Tambahnya, MARA telah memberi tempoh akhir kepada Che Ta sehingga hujung bulan ini untuk melangsaikan baki hutangnya.

Beri tempoh sehingga 31 Mac

Rumah Che Ta

Jika gagal, tindakan tegas termasuk mahkamah dan lelongan harta akan dikenakan terhadapnya, sama seperti peminjam lain yang gagal membayar hutang.

Jangan anggap MARA ini tempat mudah untuk buat pinjaman tanpa perlu bayar balik. Kita akan ambil tindakan mahkamah kepada mereka yang sengaja elak membayar hutang,” katanya.

Usaha kini sedang giat dilakukan untuk mengutip kembali hutang NPL (pinjaman tidak berbayar), yang kini mencecah 49.6% atau RM893 juta.

MARA menyasarkan untuk mengurangkan kadar ini kepada 30% supaya lebih banyak usahawan dan pelajar dapat menerima bantuan kewangan.

Ohmedia rozita Che Wan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas