Connect with us

Oh! Media

“Kalau Betul Saya Dapat RM40,000 Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi?” – Chacha

Trending

“Kalau Betul Saya Dapat RM40,000 Satu Malam, Buat Apa Nak Berlakon Lagi?” – Chacha

Baru-baru ni, hangat cerita tentang golongan artis dan Instafamous yang terlibat dalam sindiket pelacurankelas atasan. Netizen pun apa lagi, semua sibuk lah nak tahu siapa yang terlibat. Dan antara nama yang disebut-sebut ialah Chacha Maembong. Eh, biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA : Bayaran Hingga RM40,000 Satu Malam, Artis & Instafamous Terlibat Dalam Pelacuran Orang Kaya?

Haa, sekarang tuan badan sendiri bagi penjelasan. Dalam laporan Harian Metro, Chacha kata semua tu fitnah belaka! Mesti ada yang dengki dengan Chacha Maembong sampai sanggup nak sebarkan perkara yang tak betul. Ish ish ish. Sedap betul mulut ya nak mengata orang.

“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?” – katanya

Ya tak ya juga kan? Baik duduk rumah goyang kaki kalau ada duit sebanyak tu. Hm, kesian Chacha Maembong. Kes yang kaitkan Chacha dengan Macau Scam tu pun tak selesai lagi. Takpelah Cha, kalau betul kita tak salah, nanti satu hari akan terbukti juga.

Pada siapa-siapa yang terlibat dengan fitnah ni, baik korang hati-hati sebab Chacha nak ambil tindakan undang-undang tau. Yalah, dia kena jaga nama baik dia juga. Bak kata orang, berani kerana benar kan?

OHMEDIA: MULUT ORANG TAK BOLEH NAK TUTUP, TAPI KITA BOLEH TAMPAR HAHAHA

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas